Kat sini saya nk maklumkan sedikit rutin dan tugas seorang suami terhadap isteri. Ni dah kira tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh suami kepada isteri. Bukannya tugas-tugas yang di sebut ni beban dan bukan isteri tak boleh buat.. tapi kalau isteri buat semua perkara yang disebut ni.. maknanya apa guna sebuah perkahwinan. Highlight di sini.. nk ingatkan je tugas suami..
Bak kata nana juara gegar vaganza tu.. "bukan mengungkit tapi membangkit"
Ok la.. nk nyatakan tugas dan rutin suami yang perlu diingatkan kembali :
Semasa di rumah
1. Bantu isteri vakum rumah sekurangnya seminggu sekali. Tapi kalau banyak sgt tahi cicak.. vakum la 3 hari sekali
2. Bantu isteri mop lantai rumah sekurangnya 2 minggu sekali. isteri boleh la tolong lap-lap barang dlm rumah
3. Bantu isteri pusing la keliling rumah.. tengokkan apa yang berubah.. dinding ke..lantai ke.. paip ke.. siling ke..
4. Pastikan keselamatan rumah dan semak la kedudukan sekitar rumah
5. Repair dan baiki la kerosakan cepat-cepat.. jangan da melarat baru nk baiki.. kos akan jadi lebih mahal dan lebih tinggi
6. Bantu la isteri basuh baju sekurangnya 3 hari sekali.. ni duduk berdua baju tak banyak.. tp kalau da bertiga berempat berlima.. memang hari-hari kena basuh baju.. kang berbau baju-baju kotor dan penuh la ampaian.. kos lagi tu
7. Bantu isteri kemas dapur.. in advanced kalau ade dapur basah.. bantu la isteri basuh dapur tu.. bukan apa.. selesa masa masak nanti..
Kereta atau motornya
1. Bantu tengokkan angin tayar, minyak hitam, air radiator, air wiper, enjinnya dll
2. Bantu basuhkan kereta seminggu sekali.. kalau kotor dan hujan selalu.. basuhkan la 2-3 hari sekali.. kebersihan kereta isteri melambangkan suami jaga dgn kenderaan isterinya.
3. Seminggu sekali tengokkan enjin kereta
4. Bantu baiki kalau ade skru tertanggal ke.. kusyen koyak ke.. radio rosak ke.. power window hang ke.. aircond tak sejuk ke..
5. Bantu top up kan Touch n Go.. kalau tak top upkan.. tinggalkanlah duitnya dlm laci kereta
6. Isikan minyak kereta.. Seminggu sekali pun takpe..
**pesanan
Jika suami membantu banyak hal kepada isterinya.. murah rezeki suaminya.. jika suami rajin meringankan beban isterinya.. mudah tugasan harian suaminya.. jika suami ikhlas membantu isterinya.. insyaallah segala hal suami akan dipermudahkan oleh Allah..
Sama-sama membantu bukan membebankan sebelah pihak.. Jika isteri sahaja yang buat semua perkara.. maka akan terdetik rasa dalam hati isteri sama ada kecil atau besar.. ia akan membawa ke pintu yang tidak diredhai Allah.. Para suami.. Beringatlah.. Tugas dan rutin itu adalah tanggungjawab besar.. tak perlu berkira.. bukan mengubah habit suami.. tp membuat kearah kebaikan bersama dalam menjalani hidup rukun berumahtangga...
Sekian, wallahualam..