Hi gais..
20.1.2020
Tarikh yang cantik.. hari yang cantik.. permulaan yang cantik tapi aku cacatkan dengan kehadiran lewat bertugas d sekolah.. Allah.. aku dah cukup urus masa dengan baik.. dah bangun awal.. dah siap awal dan secepatnya berkemas dan siap.. kenapa masih lambat?? Ermm malas la nak cakap tapiakukena luahkan supaya aku tak sakit..
kenapa aku je kena bangun awal dan siap awal? Aku kan ada partner serumah tapi kenapa aku jugak yg kena bangun awal? Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Memang kena orang perempuan yang kena bangun awal je ke pagi2 utk siapkan segala hal rumah tangga??
Aku rasa tanggungjawab kena lihat kpd ketua keluarga.. bukan suri rumahnya kan..
ermmm tiap2 pagi aku kena bangun awal.. sakit la aku camni..
Dann.. tiap2 pagi aku kena bangun awal siapkan anak kena ke sekolah.. helloooo.. anak aku baru 3 tahun 4 bulan kot. Dia baru sekolah pra tadika.. takkan la nk kena bangun seawal 6 pagi utk siap3 pegi sekolah mcm ibu dia.. kesian la dia..
Nak jadi cerita.. dsebabkan aku selalu bangun awal dan siap awal.. aku jadi LEWAT ke sekolah dengan meletakkan jari pada jam 7.35 pagi.. damnn.. kenapa la boleh jadi begini.. boleh mendatangkan persepsi yang buruk la camni..
Dan arini juga aku naik moto ke sekolah gara2 nk elakkan jam yang menyakitkan hati.. jangan la buat aku camni sampai aku sakit hati dan kecewa dengan kau sebagai partner aku..
Dahla aku dah PENAT.. ego kau terlau tinggi sampai kau tak mengakui segala kelemahan kau
Cik Puan Merah
Live Long Life
Followers
Sunday, 19 January 2020
Penempatan Baharu
23 Disember 2019
Akhirnya.. perkara yang ditunggu-tunggu dah tiba.. apa dia???... surat arahan penempatan la.. setelah lima tahun aku menyelusuri dan tugas kerja2 perkeranian dan pengurusan.. akhirnya aku kembali ke sekolah.. ehhhh.. cikgu yee..
Ehhh.. ye la.. sebelum ni aku mmg tak cerita pun aku keje sbg apa kan.. hihihi dulu lagi mmg seorang cikgu.. kini kembali sebagai cikgu lagi..
Berbalik kepada surat penyerahan arahan bertugas... ketua unit panggil untuk penyerahan.. masa tu tengah hebat melaksanakan tugas hakiki di meja kerja..
Aku d panggil dan d serahkan surat bersaksikan ketua kedua unit aku.. foto diambil sebagai bukti penyerahan.. tap tap tap.. nahh dah serah.. penerimaan aku dengan riak gembira dan berlaku pura2 d wajah yang pertama kali aku buat dalam hidup.. lepas serahan aku pun balik ke meja.. ohh lupa.. aku ucap juga.. terima kasih.. akhirnya.. ini yang di tunggu-tunggu.. lama sgt gugur ke bumi.. dapat je surat.. aku terus ke meja kerja..
Tap tap tap.. aku minta izin utk keluar ambil angin.. hahahha
Okk.. next sambung...
Sunday, 22 December 2019
Tidur Sebentar
Ilmu Kesihatan ...
kerja pejabat memang agak meletihkan kan... ye la.. duduk di meja kerja dengan mengadap komputer seharian.. perbincangan lagi.. penat sangat.. kerana bekerja dengan berpandukan fizikal dan minda ni meletihkan.. jadinya.. untuk memulihkan tenaga.. kita sangat disarankan untuk tidur sebentar.. atau dalam bahasa lainnya Power Nap
kajian mendapati.. tidur sebentar selama 20 minit pada waktu tengah hari dapat:
i. mengurangkan stress
ii. meningkatkan tenaga
iii. rasa lebih segar
iv. meningkatkan prestasi kerja
v. memperbaiki mood
vi. menguatkan memori
Manfaat Kesihatan Power Nap ialah:
pada jam 1 tengah hari ke jam 3 petang, suhu badan akan berkurangan dan terdapat peningkatan hormon melatonin. Kombinasi ini akan menyebabkan anda berasa mengantuk pada waktu tengah hari dan waktu ini adalah waktu terbaik untuk melakukan power nap.
Kebanyakan syarikat korporat antarabangsa seperti Google, NASA, Nike dan Air Asia ada menyediakan ruang untuk pekerja mengambil 'power nap'
eh eh eh ,.... di pejabat aku kerja ni ada ke??? "tanya jeee..."
Walaubagaimanapun, individu yang mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam perlu elakkan untuk tidur siang.. nant jadi mata panda.. hahahha.. ini akan menyebabkan mereka bertambah susah tidur pada waktu malam.. dan akan menambah stress..
ok jom kita tidur.. ZZZZzzzzzz.......

Kerana minat.. hati tersakiti..
Sakit.. .serius lirik lagu ni sangat menarik..
minat tak salah.. tapi minat seseorang banyak mengaburi mata seseorang
sehingga tak nampak apa masa hadapan..
*** ... minat seseorang itu boleh mengaburi siapakah dirinya yang sebenar..
... perempuan memang mengharapkan sesuatu yang boleh menjamin masa hadapan.. tetapi bukan dengan berpaksikan material semata-mata.. pandang dengan hati yang luhur dan benar-benar ikhlaslah dalam sesuatu perhubungan..
ermmm... material dan kewangan memang keperluan tetapi kejujuran dan ikhlas itu membawa kepada hubungan berpanjangan...
sakit
aku rasakan
terlalu dalam
pedih
kau mengapa berubah
pada waktu aku
benar-benar cinta
pada dirimu
tak perlu kau ucap
kau bukan terbaik buat diriku
sedang kau cuba menjadi
yang terbaik untuk dirinya
ku terima takdir ini
andainya kau bukan milikku lagi
bahagialah engkau bersama dirinya
semoga tak kecewa
telah tertutup hati
buat dirimu jangan kau kembali
pada diriku
***

Saat-saat akhir
16.12 .2014
Bermula kisah.. aku daftar dan melaporkan keberadaan diri kepada Ketua Jabatan yang baharu iaitu Dato' Fouziah iaitu Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Selangor.. Fuhh.. penantian yang sangat lama.. dari Oktober sampai Disember menunggu jawapan.. akhirnya terjawab pabila surat panggilan bertugas ke tempat baharu disimpan oleh PPD Klang.. haa.. nak cakap apa kan.. aku hanya menurut perintah dan arahan..
10.12.2014.. aku diarahkan ke PPD Klang untuk mengambil surat arahan bertugas.. weii .. aku tak sedia kot.. da.. itu adalah waktu cuti sekolah.. tapi sebelum mengambil jawatan baharu ni.. aku dah membantu Boss Unit BM aku untuk menjalankan tugas dengan menghadirkan diri sebagai peserta bagi Konvensyen Pedagogi di IPG Kampus Bahasa Melayu
ok ok.. balik kepada kisah saat-saat akhir..
16.12.2019...
aku menanti surat arahan penempatan... damnn.. belum sampai lagi.. bila lagiii???
penyeksaan apakah ini... penat aku berpura-pura menjalankan kerja hakiki di pejabat
bayangan aku umpama angin yang tidak tersedar oleh rakan lain...
oiiii.. surat aku mana oiiiii

Thursday, 22 February 2018
Berpantang
Assalamualaikum...
Lama rasanya tak meninggalkan nukilan dalam ni..
BERPANTANG..
sepanjang tempoh berpantang selepas melahirkan anak pertama... hati banyak sentap dan kerap kecil hati..
bukan apa.. kita ni anak pertama.. anak yang di lahirkan pun anak pertama.. tapi sedikit sedih..
tidak dapat sentuhan dari orang yang melahirkan diri ni.. ermm .. takpe kot.. sbb aku pandai berdikari dan kuat juga la gagahkan diri untuk jaga diri sepanjang berpantang..
bila isteri kpd abg aku melahirkan.. dari awal hingga akhir dijaga oleh orang yang melahirkan aku.. kenapa mesti lebihkan anak orang lain dan bukan anak sendiri??
aku ambil positif di sini.. aku kuat dan aku sedang diuji oleh Allah.. aku tabahhh dan aku redhaa

Friday, 10 June 2016
RUTIN SEORANG SUAMI TERHADAP ISTERI
Assalamualaikum dan Salam 5 Ramadan...
Kat sini saya nk maklumkan sedikit rutin dan tugas seorang suami terhadap isteri. Ni dah kira tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh suami kepada isteri. Bukannya tugas-tugas yang di sebut ni beban dan bukan isteri tak boleh buat.. tapi kalau isteri buat semua perkara yang disebut ni.. maknanya apa guna sebuah perkahwinan. Highlight di sini.. nk ingatkan je tugas suami..
Bak kata nana juara gegar vaganza tu.. "bukan mengungkit tapi membangkit"
Ok la.. nk nyatakan tugas dan rutin suami yang perlu diingatkan kembali :
Semasa di rumah
1. Bantu isteri vakum rumah sekurangnya seminggu sekali. Tapi kalau banyak sgt tahi cicak.. vakum la 3 hari sekali
2. Bantu isteri mop lantai rumah sekurangnya 2 minggu sekali. isteri boleh la tolong lap-lap barang dlm rumah
3. Bantu isteri pusing la keliling rumah.. tengokkan apa yang berubah.. dinding ke..lantai ke.. paip ke.. siling ke..
4. Pastikan keselamatan rumah dan semak la kedudukan sekitar rumah
5. Repair dan baiki la kerosakan cepat-cepat.. jangan da melarat baru nk baiki.. kos akan jadi lebih mahal dan lebih tinggi
6. Bantu la isteri basuh baju sekurangnya 3 hari sekali.. ni duduk berdua baju tak banyak.. tp kalau da bertiga berempat berlima.. memang hari-hari kena basuh baju.. kang berbau baju-baju kotor dan penuh la ampaian.. kos lagi tu
7. Bantu isteri kemas dapur.. in advanced kalau ade dapur basah.. bantu la isteri basuh dapur tu.. bukan apa.. selesa masa masak nanti..
Kereta atau motornya
1. Bantu tengokkan angin tayar, minyak hitam, air radiator, air wiper, enjinnya dll
2. Bantu basuhkan kereta seminggu sekali.. kalau kotor dan hujan selalu.. basuhkan la 2-3 hari sekali.. kebersihan kereta isteri melambangkan suami jaga dgn kenderaan isterinya.
3. Seminggu sekali tengokkan enjin kereta
4. Bantu baiki kalau ade skru tertanggal ke.. kusyen koyak ke.. radio rosak ke.. power window hang ke.. aircond tak sejuk ke..
5. Bantu top up kan Touch n Go.. kalau tak top upkan.. tinggalkanlah duitnya dlm laci kereta
6. Isikan minyak kereta.. Seminggu sekali pun takpe..
**pesanan
Jika suami membantu banyak hal kepada isterinya.. murah rezeki suaminya.. jika suami rajin meringankan beban isterinya.. mudah tugasan harian suaminya.. jika suami ikhlas membantu isterinya.. insyaallah segala hal suami akan dipermudahkan oleh Allah..
Sama-sama membantu bukan membebankan sebelah pihak.. Jika isteri sahaja yang buat semua perkara.. maka akan terdetik rasa dalam hati isteri sama ada kecil atau besar.. ia akan membawa ke pintu yang tidak diredhai Allah.. Para suami.. Beringatlah.. Tugas dan rutin itu adalah tanggungjawab besar.. tak perlu berkira.. bukan mengubah habit suami.. tp membuat kearah kebaikan bersama dalam menjalani hidup rukun berumahtangga...
Sekian, wallahualam..
Subscribe to:
Posts (Atom)