Followers

Sunday, 22 December 2019

Tidur Sebentar

Ilmu Kesihatan ...

kerja pejabat memang agak meletihkan kan... ye la.. duduk di meja kerja dengan mengadap komputer seharian.. perbincangan lagi.. penat sangat.. kerana bekerja dengan berpandukan fizikal dan minda ni meletihkan.. jadinya.. untuk memulihkan tenaga.. kita sangat disarankan untuk tidur sebentar.. atau dalam bahasa lainnya Power Nap

kajian mendapati.. tidur sebentar selama 20 minit pada waktu tengah hari dapat:
i. mengurangkan stress
ii. meningkatkan tenaga
iii. rasa lebih segar
iv. meningkatkan prestasi kerja
v. memperbaiki mood
vi. menguatkan memori

Manfaat Kesihatan Power Nap ialah:
pada jam 1 tengah hari ke jam 3 petang, suhu badan akan berkurangan dan terdapat peningkatan hormon melatonin. Kombinasi ini akan menyebabkan anda berasa mengantuk pada waktu tengah hari dan waktu ini adalah waktu terbaik untuk melakukan power nap.

Kebanyakan syarikat korporat antarabangsa seperti Google, NASA, Nike dan Air Asia ada  menyediakan ruang untuk pekerja mengambil 'power nap'

eh eh eh ,.... di pejabat aku kerja ni ada ke??? "tanya jeee..."

Walaubagaimanapun, individu yang mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam perlu elakkan untuk tidur siang.. nant jadi mata panda.. hahahha.. ini akan menyebabkan mereka bertambah susah tidur pada waktu malam.. dan akan menambah stress..

ok jom kita tidur.. ZZZZzzzzzz.......

No comments:

Post a Comment