Followers

Sunday, 22 December 2019

Tidur Sebentar

Ilmu Kesihatan ...

kerja pejabat memang agak meletihkan kan... ye la.. duduk di meja kerja dengan mengadap komputer seharian.. perbincangan lagi.. penat sangat.. kerana bekerja dengan berpandukan fizikal dan minda ni meletihkan.. jadinya.. untuk memulihkan tenaga.. kita sangat disarankan untuk tidur sebentar.. atau dalam bahasa lainnya Power Nap

kajian mendapati.. tidur sebentar selama 20 minit pada waktu tengah hari dapat:
i. mengurangkan stress
ii. meningkatkan tenaga
iii. rasa lebih segar
iv. meningkatkan prestasi kerja
v. memperbaiki mood
vi. menguatkan memori

Manfaat Kesihatan Power Nap ialah:
pada jam 1 tengah hari ke jam 3 petang, suhu badan akan berkurangan dan terdapat peningkatan hormon melatonin. Kombinasi ini akan menyebabkan anda berasa mengantuk pada waktu tengah hari dan waktu ini adalah waktu terbaik untuk melakukan power nap.

Kebanyakan syarikat korporat antarabangsa seperti Google, NASA, Nike dan Air Asia ada  menyediakan ruang untuk pekerja mengambil 'power nap'

eh eh eh ,.... di pejabat aku kerja ni ada ke??? "tanya jeee..."

Walaubagaimanapun, individu yang mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam perlu elakkan untuk tidur siang.. nant jadi mata panda.. hahahha.. ini akan menyebabkan mereka bertambah susah tidur pada waktu malam.. dan akan menambah stress..

ok jom kita tidur.. ZZZZzzzzzz.......

Kerana minat.. hati tersakiti..

Sakit.. .serius lirik lagu ni sangat menarik..
minat tak salah.. tapi minat seseorang banyak mengaburi mata seseorang
sehingga tak nampak apa masa hadapan..

*** ... minat seseorang itu boleh mengaburi siapakah dirinya yang sebenar..

... perempuan memang mengharapkan sesuatu yang boleh menjamin masa hadapan.. tetapi bukan dengan berpaksikan material semata-mata.. pandang dengan hati yang luhur dan benar-benar ikhlaslah dalam sesuatu perhubungan..
ermmm... material dan kewangan memang keperluan tetapi kejujuran dan ikhlas itu membawa kepada hubungan berpanjangan...


sakit
aku rasakan
terlalu dalam
pedih

kau mengapa berubah
pada waktu aku 
benar-benar cinta
pada dirimu

tak perlu kau ucap
kau bukan terbaik buat diriku
sedang kau cuba menjadi
yang terbaik untuk dirinya

ku terima takdir ini
andainya kau bukan milikku lagi
bahagialah engkau bersama dirinya
semoga tak kecewa

telah tertutup hati 
buat dirimu jangan kau kembali
pada diriku

***
tak perlu kau ucap

kau bukan terbaik buat diriku
sedang kau cuba menjadi
yang terbaik untuk dirinya

ku terima takdir ini
andainya kau bukan milikku lagi
bahagialah engkau bersama dirinya
semoga tak kecewa

telah tertutup hati 
buat dirimu jangan kau kembali
pada diriku

Saat-saat akhir

16.12 .2014
Bermula kisah.. aku daftar dan melaporkan keberadaan diri kepada Ketua Jabatan yang baharu iaitu Dato' Fouziah iaitu Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Selangor.. Fuhh.. penantian yang sangat lama.. dari Oktober sampai Disember menunggu jawapan.. akhirnya terjawab pabila surat panggilan bertugas ke tempat baharu disimpan oleh PPD Klang.. haa.. nak cakap apa kan.. aku hanya menurut perintah dan arahan..

10.12.2014.. aku diarahkan ke PPD Klang untuk mengambil surat arahan bertugas.. weii .. aku tak sedia kot.. da.. itu adalah waktu cuti sekolah.. tapi sebelum mengambil jawatan baharu ni.. aku dah membantu Boss Unit BM aku untuk menjalankan tugas dengan menghadirkan diri sebagai peserta bagi Konvensyen Pedagogi di IPG Kampus Bahasa Melayu

ok ok.. balik kepada kisah saat-saat akhir..

16.12.2019...
aku menanti surat arahan penempatan... damnn.. belum sampai lagi.. bila lagiii???
penyeksaan apakah ini... penat aku berpura-pura menjalankan kerja hakiki di pejabat
bayangan aku umpama angin yang tidak tersedar oleh rakan lain...


oiiii.. surat aku mana oiiiii